Penerbitan Jejak Warriors

Pasukan Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak pertama Malaysia yang menerbitkan filem sendiri.[11]Majlis pelancaran filem Jejak Warriors telah diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 16 Disember 2013[12][13].Pada mulannya filem ini bertajuk The Red Warriors The Movie tetapi telah ditukar oleh pihak penerbit untuk mengelakkan persepsi bahawa filem ini untuk penyokong Kelantan sahaja.[14]Filem ini memulakan pengambaraan pada 22 Jun 2014. Filem ini menjalani pengambaraan di sekitar Kota Bharu, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Grik dan Pulau Pinang selama 31 hari.Pada mulannya, Fizo Omar, Kamal Adli, Intan Ladyana, Julia Ziegler, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar dijadualkan akan membintangi filem ini.[15] Namun penukaran pengarah sepanjang proses pembikinan membuatkan barisan pelakon dan jalan cerita bertukar.Semua pemain bola sepak Kelantan turut berperanan dalam filem ini dan ada juga dihantar ke kelas lakonan termasuk Wan Zack Haikal[16] dan Zairol Fitrie yang mengikuti kelas lakonan dikendalikan oleh Fauziah Nawi.Penggambaran turut merakamkan perlawanan sebenar antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada 13 Julai 2014.[17][18]

Filem ini dikatakan mempunyai persamaan dari segi jalan cerita dengan filem keluaran pasukan Liverpool F.C. pada tahun 2012 iaitu filem Will.

Rujukan

WikiPedia: Jejak Warriors http://mynewshub.cc/2015/03/09/harun-salim-bachik-... http://www.astroawani.com/berita-sukan/kafa-jangka... http://www.astroawani.com/video-malaysia/jejak-war... http://www.duniasukan.com/jejak-warriors-beri-kela... http://www.hyebro.com/2015/06/filem-jejak-warriors... http://www.imdb.com/title/tt5790032/ http://mediahiburan.karangkraf.com/tiada-pawagam-d... http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/the-re... http://selebritionline.com/filem-jejak-warriors-di... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re...